Psyllium Husk (lulus keto)
Psyllium Husk adalah serat larut yang berasal dari benih Plantago Ovata, herba yang ditanam terutamanya di India. Psyllium Husk secara semulajadi adalah rendah karbohidrat, jadi digunakan sebagai pengganti tepung gandum. Warna Psyllium Husk tidak akan menjejaskan penampilan makanan yang dimasak. Psyllium Husk sangat terkenal sebagai pelekat dalam resepi yang tiada gluten seperti menggantikan tepung gandum kepada tepung kelapa atau tepung almond.
Sangat popular digunakan dalam resepi-resepi kek dan roti yang berkarbohidrat rendah, kerana ia bertindak seperti gluten, iaitu sebagai gam. Jika anda pernah cuba membakar roti atau kek resipi karbohidrat yang rendah, anda akan melihat bahawa barangan yang dibakar tidak selalu melekat dan hancur dengan mudah. Dengan menambah Psyllium Husk ke dalam resipi ini, ia membantu adunan anda melekat dan memudahkan anda boleh membentuk sebarang bentuk yang anda mahukan.
MANFAAT PSYLLIUM HUSK :
- Melawaskan
- 100% vegetarian dan vegan
- Lulus ketogenic diet
- 100% organic
- Mengekalkan kiraan karbohidrat rendah.
- Kandungan serat yang tinggi
- Memberi rasa kenyang sepanjang hari.
- Menurunkan berat badan
CARA MENGGUNAKAN :
Ia boleh digunakan untuk menebalkan konsistensi sos, kuah atau sup. Kebanyakan resipi akan menggunkan telur atau putih telur dan air panas apabila menggunakan Psyllium Husk kerana air panas membantu Psyllium Husk mengaktifkan sifat ‘gam’nya. Sesuai diletakkan pada tepung gluten free sebagai pelekat.
Kontraindikasi : Untuk mengelakkan sembelit, gunakan cecair yang mencukupi apabila menggunakan Psyllium Husk. Jika anda menambah Psyllium Husk kepada masakan yang dipanggang atau sayur-sayuran di mana jumlah cecair yang anda boleh tambah adalah terhad, disarankan minum air sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari. Sila gunakan Psyllium Husk secara sedikit demi sedikit jika anda tidak biasa dengan diet serat tinggi.
Reviews
There are no reviews yet.